Thursday, February 8, 2018

HADIAH DARI TUHAN

Assalamualaikum 

***

Hi korang! 

Niat di hati nak bercerita pasal rumah baru kami laki bini tapi ada satu yang lagi mustahak yang Nad nak simpan dekat sini :D

Sedang kami laki bini sibuk dalam proses pindah rumah baru. Alhamdulillah Allah kurniakan kami satu berita yang kami tunggu-tunggu sepanjang proses perkahwinan kami :V

27 Januari 2018

Alkisahnya bermula sebab period Nad tak datang seperti biasa. Selalu kan heavy je kan tapi kali ni just light-light je. Benda ni since bulan December 2017 haritu lagi. So decide utk nak buat UPT test utk next period pulak if jadi lagi sekali. Ditakdirkan Januari 2018 pun sama so Nad terus buat UPT test. Dalam hati bukan lah berdoa supaya positive dan bukannya negative. If negative, Nad dah inform husband utk pegi check dekat doctor. Takut jugak kan kalau ada sakit dalaman yang kita tak tau. Maklumlah, sekarang ni terlampau banyak sangat penyakit org perempuan skrg. Takut pulak kan 

Nasib dekat rumah ada satu pregnancy test yang belum pakai lagi, Jenama CLEARBLUE. Bangun pagi-pagi, terus buat sebab orang kata test waktu pagi. Memang positive weeehhhh HAHA serius Nad memang blur time tu. Husband pun blur. Result positive. Tapi still boleh argue kan sbb UPT yang Nad tu ada dh lama punya. Almost one year lebih. Sebab kan takut tu expired punya. so husband ajak g pharmacy beli. Eh dia pulak yang excited kan. 

Petang tu Nad terus test sebab husband tak tahan daulat sangat time tu :D taknak tunggu lama-lama utk nak tau result. so Nad terus buat lah 

Ni result dia kay 

Yang atas tu Nad buat waktu petang, still nampak tapi blur sikit kan. My husband waktu tu macam baru lepas boh gol sebijik! happy dia but Nad still blur. HAHA maap la sebab tak terfikir utk result positive. Pagi esok tu pun buat lagi sekali and result dia terang dan nyata. So Nad dh boleh terima kenyataan tapi still google if Positive, ada tak keberangkalian utk tidak pregnant disebabkan oleh penyakit lain . Semua blog mentioned takde lansung. 100% pregnant! 

Both of us keep rahsia kan dulu dari family sampai ktorang buat confirmation dekat klinik. Decide nak pergi lepas pindah barang semua,Time-time nk pindah rumah, memang husband Nad larang Nad buat keje. Memang Nad tido, rehat, tak gerak banyak. tak angkat barang berat-berat 

29 Januari 2018

After dah setel pindah barang pagi tu, petang husband terus bawak pegi check dkt doctor. Memang syukur sangat-sangat sebab doctor nampak kantung baby






And the best part is Nad ada kantung twin! hihihi

Doctor tu sebelum inform ada twin, dia tanya Nad ,"Awak ada ke sedara yang ada twin?" and Nad jawab ada lah sebab nenek sebelah ayah Nad ada lahirkan twin. Makcik Nad pun ada twin. 

and doctor kata "yes. Awak ada twin ni. Nampak tak? sy tandakan dekat sini"

Nad time memang speechless sangat-sangat. suami pun sama :D kitorang memang tak sangka untuk nak ada twin. Pregnant tu dah satu hal, dapat twin lagi kan. Rasa time tu Allah memang bagi hadiah yang berganda sangat-sangat. 

Balik rumah , memang ktroang buat sujud syukur gila-gila la sebab memang tak tau nak cakap macam mana. syukur sangat-sangat :D and terus ktroang inform both family ktorang . 

Parents ktorang memang terkejut lah sbb ada twin. Tak sangka Nad ada gene kembar. HAHA!


Cukup sampai sini je dulu Nad cerita. Just nak cakap, langit tak selalu nya cerah. Nnt next entry Nad story-mory okay :P 

No comments: